Thursday, April 14, 2011

Yang Tak Cun Korang Nak Campak Mana?

~Assalamualaikum wbt~



~Sebenarnya, tajuk ni dapat inspirasi daripada dua orang member aku ni. Mereng kot agaknya diorang. Haha. Tak habis-habis dengan ayat 'AWEK CUN' diorang. Memang dah macam adik-beradik. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih lah banyak-banyak sebab dah terbuka hati aku ni nak buat tajuk ni. Kalau tak, memang dah berhabuk agaknya blog ni.



Okey.. Kalau korang tengok gambar kat atas ni, mana satu yang korang pilih??? Bagi yang girls, tengok picture atas and yang boys, tengok picture bawah. Of course, yang girls akan pilih lelaki yang kat sebelah kiri. Yang lelaki pula akan pilih perempuan yang kat sebelah kanan.



Ni kebenaran manusia zaman sekarang. FYI, aku sendiri dah mengkaji benda ni disebabkan aku ni banyak member yang cun-cun ni, especially girls. Kalau aku dengan member aku keluar, mesti akan ada seorang lelaki ( tak kira cun ke tak ) akan jumpa kitaorang and minta nombor telefon member aku padahal tak kenal pun. Okey.. Apa sebenarnya yang aku merapu ni?



Memang dah jadi fitrah manusia akan pandang cun ke tak someone tu. Bila dah cun, sesiapa pun nak kan? And so, mula lah terasa nak kenal orang tu. Manalah tahu tiba-tiba dapat kapel lak dengan orang macam tu. And so, minta nombor lah bagai and then, mula lah SMS. Tapi lama-lama, dapat tahu yang cun tu takdelah baik mana. Apa jadi seterusnya? REJECT!!!



Tu lah kejadian yang terjadi dekat awek-awek and lelaki cun ni. Kalau yang tak cun macam aku ni? Huhu. Well.. Ikut cerita aku, aku tak suka nak buat macam orang buat kat kawan-kawan aku. Macam tak ikhlas je. Hehe.. Siapa buat jangan terasa okey. Kalau nak berkenalan, apa salahnya berkenalan dengan semua orang kan? Aku buat macam tu. Handsome ke, tak handsome ke, lawa ke, tak lawa ke, semua pun aku berkawan. Asalkan dia juga ikhlas nak berkawan dengan aku.



Okeylah.. Memang sesiapa pun nak suami or isteri yang cun. Siapa tak nak? Banggalah kan dapat pasangan macam tu. Tapi FYI, tu pemikiran remaja zaman sekarang. BTW, yang tak cun macam kitaorang ni ( huhu ), korang nak campak kat mana? At least fikirlah kejap yang korang pun takde lah cun mana tapi tiba-tiba nak orang yang cun. Kalau orang yang cun tu pun nak juga pasangan yang cun? Haa... Kan korang dah bertepuk sebelah tangan.. At least, be fair to everyone.



Moreover, ayat 'CUN' ni bukannya kekal. Untuk pengetahuan korang, 'CUN' seseorang tu mudah hilang disebabkan sikapnya sendiri. Contohnya, sorang kenalan aku ni. Dia memang cun and ramai kot minat dengan dia ni. Tapi ada sikap negatifnya yang tak ramai orang tahu. Dulu pun, aku mengaku lah yang dia ni agak cun lah tapi lama-lama, aku dah tak nampak pun cun dia tu. Sama jugalah sorang kenalan aku ni. Awal-awal, dia nampak cute tapi lama-lama, dah takde cute dia tu sebab dah ditelan dengan sikap dia.



Most of all, sikap tu yang penting kita nilai. Bukannya cun or tak cun. Untuk lelaki, korang nak ke isteri yang cun tapi maleh giler nak masak pun??? Tidur sampai pukul 1petang! Tu ke yang korang nak? Takpun, dia cun tapi tak hormat pun mak ayah korang. Nak ke macam tu? Untuk perempuan, korang nak ke lelaki handsome tapi menipu korang? Curang dekat korang? Kerja pun malas. Nak ke? Jawab!



Macam ada satu video ni yang pernah aku tengok. Ustaz ni sebenarnya nasihatkan kepada para lelaki. Tapi untuk girls pun ok juga dengar nasihat dia. Ustaz ni cakap, "bagi para lelaki, pilihlah isteri yang kurang cantik. Apabila isteri kurang cantik, tidaklah kamu berasa cemburu disebabkan lelaki lain selalu curi-curi pandang kepada isterimu. Dan pilihlah isteri yang kurang cantik sebab dia takkan kisah tentang berat badannya kerana mengandungkan anakmu. Bila isterimu kurang cantik, dia akan cuba sedaya upaya menjadi cantik dengan hatinya."



Ingatlah. Cun tu bukannya kekal sampai mati. Bila dah tua kerepot, takde cun mana de. Cam setengah orang cina. Fulamak! Masa remaja, hot giler! Tapi bila dah tua? Hot tak? Huhu.. So, janganlah pandang cun tu. Pandanglah hati seseorang kerana itulah yang terbaik. Percayalah bahawa sikap seseorang itulah yang akan membawa kecantikan dan berseri wajahnya. Nak jadikan suami or isteri pun senang! Huhu.. Wassalam~



p/s : Jodoh yang baik untuk mereka yang baik. Jodoh yang jahat untuk mereka yang jahat.

4 0000 je berani komen:

Khairi Fakhri said...

*menguap*.. haha pepagi bute ni gak ko bawak tajok serius.. adess... haha

Atiqah Safian said...

memang aku suka bawak tajuk serius pun setiap masa.. hehehehehe

chocolate gurlz said...

cun ?

c=cantik
u=untuk
n=nafsu semate2

hahahaha mengarut sudaaa

nice topixx suke2 :D

Atiqah Safian said...

thank you! haha! Like it! :D