Thursday, April 14, 2011

Don't Make Fun of Others

~Assalamualaikum wbt~





~Aku ada beberapa kenalan. Ada lah juga hamba-hamba Allah suka giler buat lawak pasal diorang. Bapok? Anak mak/anak ayah? Gay? Lesbian? Macam-macam pun ada. Diorang yang kena ni nampak rilek je. Cool je lah beb! Tu lah ayat yang aku dengar. Tapi deep down, korang tahu ke apa yang diorang rasa?



Honestly, aku pun terikut. Aku dengan member lain selalu cerita pasal sorang budak ni and cakap dia ni macam lesbian. Aku macam tak mengaku apa yang aku fikir tapi tetap bercerita kat orang. Manusia.. Biasa lah.. Aku mengaku aku salah. Tapi aku tak pernah sampai nak heboh kat orang. Biarlah aku dengan beberapa kawan aku sahaja yang tahu. Yang aku tulis kat blog ni bukan heboh okey!! Aku tak sebut kan nama dia?



Tapi semuanya berubah bila orang buat lawak pasal beberapa boys kat sekolah aku yang agak lembut. Bukan setakat lawak tetapi ayat diorang memang tak sesuai untuk disebut. Lama-lama aku jadi kasihan dengan orang yang kena gelak ni. Tu okey lagi sebab orang-orang macam tu, kita tak kenal. Kalau kawan baik kita?? Macam sekali tu, ada budak ni senang-senang je kutuk kawan baik aku ni. Memang nak kena pelempang dia tu!



Sekali tu jugalah, perkara ni berulang balik. Budak-budak ni bercerita tentang perihal seseorang ni. Aku dengar je sebab aku belum kenal orang tu sangat. Lama-lama, aku berkawan dengan orang tu and sikit-sikit tahu sikap dia. Memang ada benarnya cerita yang aku dengar. Tapi sekali tu, budak-budak ni pergi hebohkan pula tentang ceritanya. Aku jadi marah pula. Cuba korang fikir kejap kalau benda macam ni jadi kat korang?



Apa-apa pun, tengoklah sikap positifnya. Kalau ada sikap negatif, jangan buat benda tu jadi bahan lawak. Kalau suatu hari nanti, anak korang kena macam mana? Kita takkan tahu kan? Kalau korang tengok cerita SUTUN, korang tu macam pembuli budak lelaki tu. Buat lawak atas creation Allah swt. Kan dah berdosa tu???



At least, kalau korang yakin sangat korang tak jadi macam tu, just bayangkanlah yang orang tu kawan baik korang. Sanggup ke korang buat dia macam tu sedangkan dialah yang tolong kita selama ni? Apa-apa pun, semua ini ialah ciptaan Allah swt dan Allah mengetahui apa yang Dia lakukan. Kita hanyalah manusia dan hamba-Nya. Memang langsung tak layak untuk judge orang. Kalau kita gelakkan sifat seseorang maksudnya kita mempertikaikan keistimewaan Allah swt. Fikir-fikirkanlah.. Wassalam~



p/s : Kita memang tak rapat tapi aku dah makin faham kenapa Allah swt temukan kita.

0 0000 je berani komen: