Monday, April 11, 2011

Nazar Oh Nazar...

~Assalamualaikum wbt~


~Aku ingat lagi satu jam sebelum aku nak pergi sekolah nak ambil result SPM! Punya cuak giler sampaikan aku dah terbuat kerja giler! Aku telah bernazar untuk puasa sehari untuk satu A yang aku dapat! Giler tak? Cakaplah giler!!


Punya terkejut aku bila aku dapat tahu aku dapat 9A. Awal-awal, aku tak teringat pun tentang nazar aku nie. Bila masuk dalam kereta, baru aku teringat. Aduisy! 9hari kena puasa! Grr! P0 nak buek ni???


Setakat ni, aku baru puasa nazar sehari. OMG! 8hari lagi.. Belum campur puasa ganti lagi ni.. Pagi tadi aku dah kena marah dengan mak aku sebab hari ni aku tak puasa nazar padahal aku ada peluang nak puasa. Tapi hari ni aku ada kelas komputer sampai 4jam dan confirm aku akan rasa lapar punya! Sekarang pun tengah lapar lagi ni. Tak breakfast punya pasal.


Nazar ni sebenarnya janji kita kepada Allah swt and so, kalau tak buat, memang berdosa besar lah maknanya. Aku tengah try my best nak laksanakan nazar aku. Bila kita nazar, buat apa yang kita mampu buat. Jangan pula kalau dah tak mampu, nazar pula nak pergi buat umrah! OMG! Payah tu! Jangan jadi macam aku. Panik punya pasal, sendiri yang kasi binasa. Ingat! Nazar ni bukan benda yang main-main. Wassalam~


p/s : Adik aku pernah cakap, "kalau Hani, Hani nazar satu A, satu ayam KFC!"


0 0000 je berani komen: