Wednesday, April 20, 2011

Temuduga JPA

~Assalamualaikum wbt~





~Orang duduk heboh-heboh cerita pengalaman diorang masa temuduga JPA so aku pun nak hebohkan sekali lah ek. Interview aku masa 15 April 2011, hari Jumaat pukul 3.35petang. Aku punyalah rilek-rilek sempat baca tentang architecture. So boring.... Hehehe..


Dalam nak dekat pukul 1petang, aku pakai baju kurung warna biru and FYI, my favourite okey.. Huhu.. Tudung pun siap seterika lagi, sendiri je tau. Lepas solat, aku pakai pula celak ( konon nak nampak matang lah kan. hehe ) Aku betul-betulkan tudung aku ni so that nampak mantain. Barulah nampak macam kemas kan daripada selekeh.


Dari rumah, aku dengan ayah aku naik kereta Kelisa ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Masa tu, aku dah malas nak pikiaq pape. Den nak rilek and menguap sesuka hati! Huhu. Dah sampai je, aku kena tandantangan pula tanda aku hadir untuk sesi temuduga. Mangai sorang kawan aku ni. Dia tak tahu yang dia dapat temuduga so, dia tak datang pagi tu. Aku call pun, dia tak angkat. Hampeh la lu!


Dalam pukul 2.45petang, aku dah kena naik ke library. Ayah aku tak boleh ikut sekali. It's okey. I can be independent. Aku ikut je lah papan tanda sampailah aku jumpa beberapa pelajar juga yang tengah tunggu untuk temuduga. Aku join je lah diorang and bercerita apa yang patut tanpa sedar yang kitaorang kena berdaftar dulu. Nasib baik ada yang sedarkan. Fuh! Nasib baik! Kalau tak, memang takde interiew untuk aku lah nampaknya.


Aku pun pergi berdaftar and bagi fail yang tebal giler tu kat makcik kat kaunter. What the heck?? Semua ahli group aku cina?? Aku sorang je melayu. Haih! Manalah wahai dirimu melayu?? Come on lah.. I know you are in MARA's side. Huhu.. Pe aku merepek ni? Sambung cerita! Aku pun berborak lah dengan sorang budak cina ni tentang interview. Sebab dia speaking, aku pun bantai je lah speaking. Entah grammar betul ke tak. Lantak je lah!


Pulak dah. Aku takde jam! Library ni pun satu! Takde jam! Budak cina tu pun takde jam. Handphone aku, ayah aku pegang. Ayah aku tak kasi aku bawa handphone. Tapi nasib baiklah kakak kat kaunter tu panggil kitaorang. Aku kena pakai nombor 4 and budak cina tu pakai nombor 3. Ada pula dua orang lagi budak cina dengan nombor 2 dengan 5. Maybe sorang lagi budak cina yang nombor 1 tak datang.


Kitaorang tunggu dulu dekat luar satu bilik ni. I've felt a butterflieS in my stomach!! Tapi aku just buat muka rilek. Muka bajet giler nie!! Lepas tu, kitaorang semua dipanggil untuk masuk ke dalam bilik. Aku nampak dua orang interviewers. Sorang perempuan yang rupanya ala-ala Cikgu Lela dan sorang lelaki yang rupanya ala-ala Cikgu Saharuddin. And guess what?? Dua-dua cikgu tu cikgu LK aku! So, okeylah sikit aku nak fit in.


Awalnya, dia suruh bercerita pasal diri sendiri. Of course, kitaorang kena bercerita ikut turn. Aku tunggu turn aku. Bosan giler wei. Nak tidur.. Huhu. Bila turn aku, aku bagi salam and start melalut tentang diri aku. Korang kalau pergi interview JPA ni, korang tumpukan tentang nama korang, family korang, hobi korang, cita-cita korang and negara mana korang nak study. Tu kira basic je lah. Trylah membajet sikit. Macam contoh aku sendiri, aku bajet cerita sikit pasal adik aku yang bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Permata Pintar UKM.


Dah habis sesi tu, dia tanya dekat aku tentang career planning. OMG! Thank goodness ayah aku cerita sikit pasal benda tu. Aku pun merepek-repek entah berapa lama. Then, dia tanya pula rasanya identiti seni bina dekat Malaysia ni dah hilang ke? Aku pun bercerita sikit and cakap tentang seni bina tradisional yang ada. Tiba-tiba dia cakap, 'Saya rasa berminat dengan penceritaan kamu tentang rumah Melaka yang bumbungnya berbentuk tajam. Boleh kamu explainkan sikit tentang hal tu? Pulak dah.. Nasib baik aku pergi Melaka hari tu and buat research.


Akhirnya, cerita tentang group session pula. Dia suruh kitaorang cerita tentang 'Apa yang kamu rasa cabaran untuk menjadi seorang pengurus?' Oh dear! Aku tak heran pun pasal pengurus ke pebenda ni. Menyusahkan otak aku je. Huhu.. Aku orang yang terakhir cakap sebab lambat b0na nak angkat tangan. Aku dapat jawab dalam dua aspek tapi at least, lebih detail berbanding yang lain. Orang duduk cerita pasal peranan pengurus terhadap orang ikutan. Aku pergi masukkan dari aspek diri dan keluarga. Aku tak sempat nak explain tentang orang ikutan.


Masih lagi dalam group session, dia minta kitaorang cerita tentang 'Do you think the reality tv shows brought positive or negative effects towards teenagers?' Fuh! Nasib baik senang giler! Sekarang pun kebetulan, ramai duk syok cerita pasal benda ni. So, banyaklah benda yang aku dapat. Dua orang budak cina start dulu and diorang lebih tumpu kat negative effects. Bila turn aku, aku tumpukan pula dalam positive and negative effects. Bagi aku, dua-dua pun penting. Bila part negatif, aku tak curi idea orang yang pertama and kedua. Well, kita kena ada idea kreatif kan?


Habis je sesi tu, sambung lak cerita tentang apa yang dapat kamu bezakan antara kreatif dengan inovasi? What in the hell is the meaning of inovation?? OMG! I'm so in trouble! But I'm more concentrated in creativity. I tried to distract them by telling a story about 'Top Chef'. Aku cerita macam mana diorang cuba jadi kreatif untuk sediakan masakan yang best punya! Well, at least benda tu dapat tutup kelemahan aku tentang definition of inovation.


Seterusmya, dia minta kitaorang bercerita tentang apa yang dimaksudkan dengan dunia tanpa sempadan? OMG! What's that?? I've totally forgot everything about it! Mana pernah dengar ek? Aku tak terfikir yang dimaksudkan tu ialah INTERNET!! What the heck?? Pergh! Confirm aku tak dapat markah.. So, the moral of the story is tolong pelbagaikan bahasa anda! Huhu..


Last but not least, kalau anda diberi peluang menjawat jawatan tinggi, apakah jawatan yang anda nak? Man!! Aku tak terfikir pape pun tentang jawatan! Aku bukan giler jawatan lar wei.. Tanyalah soalan lain!! Argh! Aku terfikir nak ambil perdana menteri tapi apa yang aku tau pasal politik? Kang keluar benda tak puas hati pula. Nak cari nahas namanya! And so, keluar je lah idea tu. Jangan tanya idea apa! Malu den nak cakap. Huhu.. Tapi aku tak sempat nak explain banyak pun.


Akhirnya, habis juga sesi temuduga. Aku pun keluar and pergi ke kaunter pendaftaran untuk ambil fail. WHAT THE HECK??? Fail tu siap cantik lagi kat bawah meja pendaftaran tu. Tak bersentuh and tak bawa masuk pun! ARGH!!!!!! Penat-penat aku buat resume. Bukannya diorang tengok pun. Tapi aku buat muka plastik dengan senyuman aku ni. Hebat kan Tqah berlakon? Padahal masa tu rasa macam nak mengamuk je!


Bila dah dalam kereta, aku telefon balik kawan aku and marah-marah tak tentu pasal sebab tak check website JPA. Aku memang macam ni. Hehehe.. Tibai je lah. Maybe bukan rezeki dia. Aku sendiri pun tak sure dapat ke tak biasiswa JPA ni. Cakap pun merapu-rapu je lebih. Apa-apa pun, jangan bantai ikut suka hati. Kalau tak tahu, cakap je korang tak arif dalam tajuk tu and try cover. Jangan biarkan diorang perangkap kita. Diorang akan try cari kelemahan kita so jangan tunjukkan. The most important is BE YOURSELF! Wassalam~


p/s : I hate interview.. Thank you. :D

0 0000 je berani komen: