~Aku rasa awal lagi nak ucapkan Selamat Hari Bekerja tapi orang pun setiap hari pun kan kerja? So, tak kisah lah kan? Aku nak cerita sikit tentang orang yang bekerja ni. Cerita ni sebenarnya daripada mak aku. So, harap-harap korang sudi nak baca ek..
CERITA PERTAMA
Seorang budak lelaki yang berumur 7tahun baru sahaja masuk belajar ke sekolah. Pada hari pertama, guru kelasnya menyuruh mereka beritahu apa pekerjaan bapa mereka.
Pelajar pertama : Ayah saya seorang peguam
Maka semua pelajar di dalam kelas itu kagum akan kebijaksaan ayah pelajar itu.
Pelajar kedua : Ayah saya seorang jurutera
Semua pelajar di dalam kelas itu kagum akan kecekapan ayah pelajar itu.
Pelajar ketiga : Ayah saya seorang doktor
Semua pelajar di dalam kelas itu kagum dengan kehebatan ayah pelajar itu. Bagi mereka, doktor merupakan pekerjaan yang sangat disanjungi. Akhirnya, tiba giliran budak lelaki tadi untuk beritahu pekerjaan ayahnya.
Dia : Ayah saya seorang buruh binaan
Terdengar gelak ketawa daripada semua pelajar di dalam kelas. Budak lelaki itu terus berasa malu lalu menangis. Pulang sahaja dari sekolah, dia bercerita tentang kejadian tadi kepada ibunya.
"Ibu, saya malu dengan kawan-kawan saya. Ayah diorang kerja doktor, peguam tapi ayah saya kerja buruh. Saya malu.."
Ayah budak lelaki itu terdengar akan kata-kata anaknya. Hatinya sedih mendengar rintihan anaknya itu. Tapi wajah ibunya tampak tenang sambil mengusap kepala anaknya.
"Anakku.. Kerja seorang arkitek ialah melakar bangunan seperti di sekeliling kita ini. Kerja seorang jurutera ialah mengukur alatan bangunan ni. Kerja seorang peguam ialah mengesahkan kontrak untuk bina bangunan. Tapi kamu tahu siapa yang bina bangunan di sekeliling kita ni? Ayah kamulah yang membinanya. Tanpa ayah kamu, bangunan yang terbina sekarang ni takkan ada.."
Budak lelaki itu kagum akan pekerjaan ayahnya dan tidak pernah berasa malu semenjak itu.
CERITA KEDUA
Cerita ni kisah benar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Seorang Makcik yang bekerja sebagai tukang sapu cerita kisah dia kat mak aku.
Makcik ni bekerja sebagai tukang sapu dan suaminya bekerja sebagai tukang kebun. Anak diorang pandai dan sekarang, tengah belajar di MRSM. Satu hari, anaknya mengadu hendak berhenti sekolah.
"Mak, saya nak berhenti sekolah. Ayah dengan mak kawan-kawan saya kerja tinggi-tinggi. Diorang selalu ejek saya. Saya malu."
Memang Pakcik dengan Makcik ni sedih sangat. ( Kalau aku, lempang je budak tu.. hehe ) Mak aku pun nasihat dekat Makcik tu.
"Akak.. Kalau akak tak bekerja kat sini, sekolah ni takkan bersih. Bila tak bersih, budak-budak dan cikgu-cikgu takkan selesa datang ke sekolah. Suami akak pula, kalau tak kerja kat sini, mesti sekolah ni tak cantik dengan landskap yang suami akak dah buat."
So, pengajaran daripada dua cerita ni, jangan pandang rendah kat apa-apa pekerjaan. Semua pekerjaan tu ada mulianya. Pahalanya sama. Yang penting, biarlah rezeki tu halal. Anyway, Happy Labour Day! :D Wassalam~
0 0000 je berani komen:
Post a Comment